Mempengaruhi sebahagian besar kehidupan orang yang berjaya dan bahagia?
Boleh meningkatkan mood, fokus, dan prestasi kerja, sehingga ia menggandakan tahap kesihatan, kewangan, kerjaya, dan karisma seseorang itu?
Boleh dibangunkan dengan teknik dan bimbingan yang betul?
Hj Fadzli Yusof adalah Certified Master Trainer NLP (NFNLP) mendapat tauliah pengamal NLP sejak 2006 daripada National Federation of NLP yang berpusat di Florida USA. Beliau adalah pengasas portal www.nlpmalaysia.net yang merupakan portal NLP carian tertinggi di Google sejak 2010. Penulis 45 buah buku motivasi yang terjual melebihi 100,000 naskhah, termasuk 4 buah yang ditulis bersama dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah. Selain itu, beliau telah membangunkan NLP Malaysia Centre yang merupakan penganjur seminar NLP terbesar di Malaysia dengan nama NLP Grand Power Seminar.
Beliau seringkali muncul sebagai panel jemputan di TV3, TV9, Harian Metro, TV AL Hijrah, radio IKIM.fm dan banyak lagi. Beliau juga adalah Timbalan Presiden TAMRIN dan berpengalaman mengendalikan seminar untuk puluhan ribu peserta untuk badan kerajaan dan sektor korporat.
Pernahkah anda belajar bagaimana untuk memupuk fikiran yang positif? Apakah teknik, kaedah, konsep, prinsip, rutin, latihan, dan peralatan yang anda anda untuk membangunkan minda positif dalam diri anda?
Anda nak tahu? Baca perkongsian ini sampai habis, kerana mungkin inilah harinya di mana anda mula memiliki kuasa dan rahsia yang luar biasa ini.
Terdapat ribuan kajian akademik berkenaan berfikiran positif dan kesan hebat kepada ramai orang yang berjaya. Jom saya kongsikan 2 kajian hebat tentang berfikir positif.
Barbara Fredrickson yang merupakan pengkaji psikologi positif daripada University of North Carolina dan telah membuat banyak kajian bagaimana minda yang positif akan memberikan impak yang sangat positif kepada psikologi dan kemampuan seseorang untuk berjaya. Minda yang positif menjadikan seseorang itu…
Situasi ini disebut oleh Dr Frederickson sebagai “Broaden and Build Theory”. Minda terbuka, solusi bertambah, potensi bercambah”.
Satu kajian yang dibuat di University of California, Riverside oleh Julia K. Boehm, Sonja Lyubomirsky bertajuk Does Happiness Promote Career Success,’, kedua-dua professor itu membuat rumusan bahawa individu yang positif akan lebih gembira dan puas dengan kerjaya mereka dan mempunyai lebih autonomi dalam menjalankan tugasan seharian. Kajian ini mendapato orang yang lebih positif juga akan…
Sarah Lewis, seorang chartered organizational psychologist, juga membuat kesimpulan bahawa jika seseorang itu lebih positif di tempat kerja, mereka mempunyai peluang berjaya lebih baik kerana mereka lebih “engaged and resilient”.

26-1B Jalan UP1/5, Ukay Perdana Business Centre, 68000 Ampang, Selangor
+603 4107 4101 | +60 13 373 7779 | admin@nlpmalaysia.net
©2017 copyright NLPM Centre Sdn Bhd (1177036-U)