Tools14: Talent Web

Tools14: Talent Web

Tools14: Talent Web
Web Bakat

Tool Talent Web menerangkan lima peranan yang berhubung kait:

  • Talent spotter (pencari bakat);
  • Talent magnet (penarik bakat);
  • Talent coach (jurubimbing bakat);
  • Talent blender (pemupuk bakat); dan
  • Talent conductor (konduktor bakat).

Peranan pencari dan penarik bakat adalah dua aspek terawal strategi pengurusan bakat iaitu mengenalpasti dan menarik perhatian bakat tersebut. Pengurus bertanggungjawab untuk bertanya tentang maklumat, kemahiran dan sumber yang diperlukan untuk memenuhi peranan ini. Peranan jurulatih adalah berkaitan aspek perkembangan bakat. Pengurus berperanan untuk menggalakkan dan mendorong pembelajaran dan pembangunan. Pengurus bakat perlu menanyakan diri sendiri perkara yang dapat diberikan untuk strategi yang dapat memupuk semangat pekerja. Peranan pemupuk bakat adalah tentang aspek penempatan, terutamanya dalam mencari orang yang sesuai untuk bekerjasama dengan cara yang tepat. Ia adalah tentang kerja dalam kumpulan dan memupuk kerjasama. Pengurus bakat perlu memikirkan apa yang boleh dilakukan untuk membantu dan meletakkan pasukan yang efektif bersama. Konduktor bakat bekerja untuk memastikan prestasi pekerja berbakat meningkat dan ini bermakna dengan membina profil prestasi setiap pekerja dalam organisasi dan bagaimana prestasi tersebut dapat dipertingkatkan. Ia adalah tentang pihak pengurusan yang menjadikan ia asas strategi pengurusan bakat.

Pengurus bakat perlu mengenal pasti pekerja yang melakukan kerja yang baik dalam peranan mereka sekarang dan bakat yang dapat diasah untuk memenuhi peranan lain pada masa hadapan. Ini boleh direalisasikan dengan pendekatan NLP, iaitu kaedah membantu manusia untuk menggandakan lagi kejayaan yang mereka kecapi hari ini. . Untuk maklumat lebih lanjut, Klik Link ini untuk info produk.

https://www.nlpmalaysia.net/fahami-nlp-dengan-pantas/

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Hubungi Kami