Tools01: Identifying Organizational Learning Needs: a-Step-by-Step Approach

Tools01: Identifying Organizational Learning Needs: a-Step-by-Step Approach

Tools01: Identifying Organizational Learning Needs: a-Step-by-Step Approach
Mengenal pasti Langkah-langkah Keperluan Pembelajaran Organisasi

Keperluan pembelajaran organisasi & individu adalah berbeza dan perlu ditangani dengan cara yang berlainan. Pendekatan yang sedia ada masih relevan, namun pendekatan langkah demi langkah ini adalah tools tambahan yang mengandungi pembelajaran organisasi meluas yang boleh dipecahkan kepada lima langkah:

  • Langkah 1 – persediaan untuk membuat kajian semula. Sebagai langkah pertama, persediaan amatlah penting. Langkah ini harus merangkumi penjelasan skop kajian semula, dan mempersetujui objektif dan jadual waktu; termasuk mentakrifkan had-had pihak bertanggungjawab yang mengendalikan kajian semula.
  • Langkah 2 – pengumpulan data. Pengumpulan data merangkumi penyelidikan dalam dan luar: penyelidikan dalam melibatkan pengumpulan semua kenyataan dasar yang berkaitan, plan latihan, minit mesyuarat, rekod-rekod staf dari sumber sedia ada (ulasan prestasi) dan dokumen berkaitan; penyelidikan luar melibatkan kaji selidik pekerja, membuat temuduga, mengadakan kumpulan fokus dan membuat pemerhatian secara menerus di tempat kerja.
  • Langkah 3 – mentafsirkan data. Langkah ketiga melibatkan tafsiran dan analisis data yang lebih terperinci. Tujuan langkah ini adalah untuk mengenalpasti bukan sahaja senarai keperluan, tetapi juga keutamaan menurut kepentingan dan kesegeraan. Jika terdapat jurang dan percanggahan yang muncul dalam data, langkah kedua harus dirujuk semula.
  • Langkah 4 – membangunkan cadangan. Cadangan haruslah dibangunkan selaras dengan objektif di langkah 1, dan konsultasi dengan individu dimana kajian semula dijalani – badan syarikat, senior bahagian pengurusan atau mana-mana individu penting dalam organisasi. Cadangan haruslah diterima baik oleh audiens, dikukuhkan dengan sokongan hujah yang bernas dan bukti berdasarkan data kajian.
  • Langkah 5 – bersedia untuk melaksanakan cadangan. Langkah kelima dan terakhir adalah susulan tindakan. Pemberitahuan hasil kajian semula kepada semua orang di dalam organisasi, dan bekerja secara erat dengan bahagian pengurusan atasan untuk memastikan cadangan dapat dilaksanakan. Ini adalah langkah di mana analisis dilaksanakan menjadi tindakan dan tidak diambil mudah: hanya dengan melengkapi langkah terakhir kita dapat memastikan pembelajaran yang di kenal pasti dapat dipenuhi.

Pendekatan langkah demi langkah ini dapat diperkukuhkan melalui pemahaman yang baik, penggunaan kaedah penyelidikan dalam dan luar, dan menghargai bagaimana data boleh menjadi informasi dan akhirnya sebagai ilmu pengetahuan.

Persoalannya, bagaimana caranya untuk memastikan pengurusan organiasasi boleh dijalankan dengan lancar? Salah-satu caranya dengan memahami tabiat manusia & menguruskan dengan bijak. Ini boleh dijawab dengan memahami & mempraktiskan NLP (Neuro Liguistic Programming) dalam organisasi.

Bagi anda yang baru & ingin mengetahui tentang NLP, kami syorkan anda untuk meiliki buku Fahami NLP Dengan Pantas. Untuk maklumat lebih lanjut, Klik Link ini untuk info produk.

https://www.nlpmalaysia.net/fahami-nlp-dengan-pantas/

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Hubungi Kami