Tools 18: 6 Essential Elements of a Learning Strategi

Tools 18: 6 Essential Elements of a Learning Strategi

Tools 18: 6 Essential Elements of a Learning Strategi
6 Elemen Penting Dalam Strategi Pembelajaran

Strategi pembelajaran adalah kompas petunjuk dalam pencarian aktiviti pembelajaran dan pembangunan dalam organisasi; ia adalah cara yang dapat memastikan laluan yang telah ditentukan untuk memenuhi objektif dan mengekalkan nilai organisasi. Strategi yang demikian adalah tool yang tidak ternilai untuk pembelajaran dan pembangunan professional bagi memastikan usaha yang diberikan menepati sasaran, bermakna dan konsisten. Enam elemen penting dalam strategi pembelajaran adalah seperti berikut:

1 Skop. Strategi tersebut perlu menjelaskan perkara yang dirangkumi, perkara yang difahami melalui pembelajaran dalam konteks organisasi dan bagaimana strategi pembelajaran tersebut selari dengan strategi sumber manusia, keseluruhan strategi bisnes dan lain-lain strategi di dalam organisasi.

2 Matlamat dan objektif. Strategi perlu ada matlamat dan objektif yang jelas dikaitkan dengan matlamat dan objektif yang lebih umum untuk organisasi. Ia perlu menunjukkan nilai dan budaya korporat yang perlu ditulis dengan gaya dan bahasa korporat.

3 Rangka kerja perancangan. Dokumen strategi perlu menyediakan rangka kerja untuk pelan tindakan, kerja projek, pengurusan kualiti dan inisiatif lain – ia perlu menyediakan panduan praktikal untuk semua orang yang terlibat dalam pembelajaran dan pembangunan.

4 Sumber dan rakan kongsi. Strategi ini perlu mengambil kira sumber pembelajaran dan pembangunan dan juga rakan kongsi yang terlibat dalam hal ini. Ia termasuk: semua pembelajar dan pengurus mereka; pengurusan kanan, untuk mempengaruhi pembelajaran; fungsi tangen seperti IT atau pengurusan pengetahuan; pihak yang berminat, seperti pemegang saham, pelanggan, keluarga dan pekerja; dan akhir sekali pembekal luaran. Ia perlu memberitahu individu dan perkara yang terlibat.

5 Kaedah dan pendekatan. Strategi ini perlu menetapkan cara bagaimana pembelajaran dan pembangunan dapat disampaikan di dalam organisasi seperti di dalam kelas, pembelajaran berdasarkan kerja, “e-Learning”, bimbingan dan kaedah lain. Ia perlu memberi gambaran bagaimana pembelajaran berfungsi di dalam organisasi. Ia harus memberikan pendekatan yang biasa.

6 Penilaian. Akhir sekali, strategi ini perlu menjelaskan bagaimana ia akan membuktikan nilai pembelajaran dan pembangunan terhadap organisasi. Ia harus menentukan pendekatan yang dipilih terhadap penilaian pembelajaran dan pembangunan dan cara bagaimana ini akan memberi kesan kepada peserta sepanjang proses pembelajaran. Ia perlu menunjukkan bagaimana hasil dapatan akan diukur.

 

Tools ini akan menjadi lebih efisyen apabila ia tambah dengan pendekatan NLP untuk meransang gaya pembelajaran. Perkara ini ada diterangkan dalam seminar audio NLP oleh Tuan Fadzli Yusof. Anda boleh dapatkannya dengan klik link ini untuk info lanjut.
https://www.nlpmalaysia.net/seminar-audio-nlp/

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Hubungi Kami