Tools16: Learning Methods & Styles Grid

Tools16: Learning Methods & Styles Grid

Tools16: Learning Methods & Styles Grid
Kaedah Pembelajaran Gaya Grid

Empat gaya pembelajaran yang diambil kira adalah berdasarkan gaya yang dikenalpasti oleh Honey dan Mumford. Aktivis lebih cenderung untuk memilih kursus kerja yang mengambil bahagian, games, pembangunan di luar, pembelajaran fleksible berasaskan aktiviti, latihan praktikal di pusat pembangunan, panduan dan demonstrasi bersama latihan, kerja berkumpulan dan pembelajaran tindakan. Reflektor lebih cenderung untuk menghadiri persidangan, menonton video, menggunakan alatan psikometri, mempelajari isi program pembelajaran jarak jauh dan “e-Learning”, pembelajaran berasakan sumber, penilaian formal, bimbingan, kajian semula prestasi dan pembangunan, dan pengunaan rekod pembelajaran. Teoris lebih cenderung untuk mendengar ceramah, persidangan, video, alatan psikometrik, isi program pembelajaran jarak jauh dan “e-Learning”, pembelajaran berasaskan sumber, aspek meluas dan konseptual tentang pusat pembangunan dan projek berasaskan kerja, dan bimbingan pada tahap teori. Manakala, pragmatis lebih cenderung kepada pameran, aktiviti yang ditawarkan dalam program pembelajaran jarak jauh dan “e-Learning”, beberapa penilaian dan aspek yang berkaitan dengan pusat pembangunan, kerja dalam kumpulan, pembelajaran tindakan, kajian semula prestasi dan pembangunan dan akhir sekali pembelajaran perkara baharu.

 

Persoalannya, bagaimana untuk mendorong ahli pasukan yang berpotensi untuk naik lebih tinggi, dan memerlukan sedikit lagi ‘push’ untuk terbang lebih pantas? Segalanya bakal terjawab dalam seminar yang bakal kami anjurkan, iaitu “Seminar Mindset Positif Untuk Peningkatan Prestasi”. Untuk maklumat lanjut, klik & layari halaman ini.
https://www.nlpmalaysia.net/minda-positif-360-2/

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Hubungi Kami