Tools07: Rose’s Learning Style
Tools07: Rose’s Learning Style
Kaedah Pembelajaran Gaya Rose
Selain daripada model gaya pembelajaran Honey dan Mumford, terdapat model popular yang mudah dan intuitif berdasarkan bagaimana kita bertindak balas menggunakan pancaindera. Ia diperolehi dari hasil kerja Collin Rose mengenai pembelajaran pantas yang sangat berkaitan dengan idea neuro-linguistic programming (NLP), ia bermula di awal kurun ke-20 mengenai pembelajaran untuk kanak kanak, contoh seperti kaedah Montessori. Kaedah ini terbahagi kepada tiga gaya pembelajaran utama: penglihatan, pendengaran dan sentuhan.
- Visual: melihat sekeliling – menonton dan membaca;
- Auditori: mendengar dan bertutur;
- Kinaestetik: melakukan aktiviti melibatkan deria sentuhan.
Berdasarkan model ini, pembelajar yang cenderung menggunakan gaya pembelajaran visual belajar lebih efektif apabila mereka dapat melihat objek termasuk gambar dan rajah, menggunakan bantuan visual, menonton video dan demonstrasi langsung, mereka menyerap informasi terutamanya menggunakan deria penglihatan.
Pembelajar yang cenderung menggunakan gaya pembelajaran auditori belajar lebih efektif apabila mereka dapat berkomunikasi dan berbual dengan tutor, mentor atau pembelajar yang lain, apabila mereka dapat menggunakan ucapan dan bahasa, dan apabila meraka boleh mendengar syarahan dan rakaman audio.
Pembelajar yang cenderung menggunakan gaya pembelajaran kinestetik belajar lebih efektif apabila mereka dapat menyentuh objek dan menggunakan deria sentuh mereka kepada bahan, tool dan peralatan.
Model gaya pembelajaran Rose menarik kerana ia ringkas dan memberi penerangan kepada salah satu deria yang lebih peka berbanding deria yang lain. Walaupun ringkas, model ini berguna untuk dijadikan sebagai tool cara terbaik untuk membantu proses pembelajaran.
Bagi anda yang baru & ingin mengetahui tentang NLP, kami syorkan anda untuk meiliki buku Fahami NLP Dengan Pantas. Untuk maklumat lebih lanjut, Klik Link ini untuk info produk.
Leave a Reply