Tools21: The 4 Phase of Knowledge Management
Tools21: The 4 Phase of Knowledge Management
4 Fasa Pengurusan Ilmu Pengetahuan
Pengurusan ilmu pengetahuan adalah konsep teori yang luas dan boleh digunakan sebagai tool untuk pembelajaran dan perkembangan profesional dengan menggunakan sepenuhnya bakat dan potensi pekerja kepada organisasi. Perkara ini dapat menukarkan kebolehan setiap individu menjadi aset terkumpul organisasi.
Untuk mengurus ilmu pengetahuan dengan berjaya, kita perlu mempertimbangkan empat fasa yang berbeza tetapi saling melengkapi:
1 Mewujudkan pengetahuan;
2 Mengumpul pengetahuan;
3 Menyimpan dan mengambil pengetahuan;
4 Menerapkan pengetahuan.
Kajian mendalam dan mengenal pasti kelainan empat fasa ini dapat membentuk penyelesaian pembelajaran dan pertumbuhan yang lebih baik:
- Mewujudkan pengetahuan. Terdapat dua cara untuk organisasi memanfaatkan pengetahuan yang diperolehi pekerja: menggalakkan setiap individu membuat kajian, kerja asal, perbaiki kekurangan diri dan bekerjasama dengan pekerja lain dalam aktiviti-aktiviti tersebut; selain itu, cara yang lain dengan membuat struktur organisasi yang menggalakkan pembentukan pengetahuan – organisasi pembelajaran.
- Mengumpul pengetahuan. Fasa ini adalah tentang pengumpulan kesemua pengetahuan yang diperolehi oleh setiap pekerja dan organisasi dalam tempoh jangka masa panjang. Kebanyakan organisasi tidak dapat membuat hal ini dengan baik justeru manfaat dari pengetahuan yang dihasil tidak dapat diperolehi. Penggunaan sistem software dapat membantu menangani masalah ini.
- Menyimpan dan mengambil pengetahuan. Fasa ini selari dengan fasa pengumpulan pengetahuan. Ia adalah tentang mengekalkan dan memanipulasi pengetahuan organisasi yang dibantu menggunakan sistem software. Mengumpul, menyusun dan mengambil pengetahuan amatlah diberi perhatian terutamanya daripada ahli teknologi yang dapat memberi penyelesaian masalah pengurusan.
- Menerapkan pengetahuan. Untuk mendapat faedah maksimum dari aktiviti pembelajaran dan penghasilan pengetahuan – perlu mempunyai rancangan yang disediakan untuk pengetahuan baru. Dari sini kita dapat menyedari kepentingan pembelajaran dan pengetahuan – terhadap inovasi produk, keberkesanan organisasi dan khidmat pelanggan.
Untuk meningkatkan lagi kemahiran bekerja perlulah memiliki mindset yang positif bagi merangsang kemahiran berfikir secara kreatif & kritis. Perkara ini ada diterangkan dalam naskah kami berjudul “Bahagia, Berjasa, Berjaya”. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku ini, klik & layari di halaman ini.
https://www.nlpmalaysia.net/bahagiaberjasaberjaya/
Leave a Reply