Tools12: Neuro-linguistic programming
Tools12: Neuro-linguistic programming
Program Neuro-Linguistik Oleh Richard Bandler & John Grinder
Neuro-linguistic programming (NLP) telah dicipta oleh Richard Bandler dan John Grinder pada tahun 1975. Program ini mempunyai impak yang besar terhadap pembelajaran dan pembangunan. NLP adalah tentang mempengaruhi orang dengan memahami perkara yang dapat memotivasikan dan menggunakan pemahaman tersebut untuk mengenali mereka dengan lebih baik dan menawarkan khidmat yang dapat memenuhi keperluan mereka. Dalam konteks bisnes, ia sesuai dengan pemikiran arus perdana tentang kualiti, khidmat pelanggan dan kebertanggungjawapan. Manakala dalam konteks pembelajaran dan pembangunan, ia adalah tentang memberi tumpuan kepada keperluan, minat dan kehendak si pembelajar. Konsep teras dalam NLP adalah pemodelan. Ideanya adalah untuk mengkaji perkara yang berkesan dan membuat pemodelan berdasarkan hasil tingkah laku tersebut dan dalam hubungan interpersonal untuk fasilitator memodelkan tingkah laku mereka terhadap tingkah laku pembelajar supaya dapat membantu fasilitator mendapat kepercayaan dan membina hubungan dengan pembelajar.
Terdapat empat prinsip operasi dalam NLP:
1 Memberi tumpuan kepada hasil dan mengetahui hasil yang boleh dicapai untuk dipenuhi;
2 Mempunyai pemahaman yang jelas (atau ketajaman deria dalam istilah NLP) untuk mengenal pasti apabila seseorang itu bergerak mengikut arah atau jauh dari matlamat;
3 Mempunyai fleksibiliti kelakuan yang mencukupi untuk mempelbagaikan tingkah laku sehingga matlamat dicapai;
4 Mengenal pasti masa untuk bertindak dan mengambil tindakan segera.
NLP mempunyai latihan tertentu terutama latihan bersemuka, temu duga, bimbingan dan mentoring, dan juga mengkaji prestasi dan perkembangan individu.
Bagi anda yang baru & ingin mengetahui tentang NLP, kami syorkan anda untuk meiliki buku Fahami NLP Dengan Pantas. Untuk maklumat lebih lanjut, Klik Link ini untuk info produk.
Leave a Reply