Tools26: 7 Pillars of a Corporate University
Tools26: 7 Pillars of a Corporate University
7 Tunggak Dalam Pembangunan Korporat
Terdapat tujuh faktor kritikal untuk berjaya yang terlibat dalam penubuhan mana-mana universiti korporat yang bertujuan membangunkan pembelajaran dan pengetahuan untuk organisasi, pekerja dan komuniti – setaraf dengan tahap profesionalisme universiti akademik terkemuka.
1 Tetapan strategi dapat diformulasikan dengan memenuhi soalan apa, kenapa dan bagaimana yang menjadi asas kepada penubuhan.
2 Perancangan projek. Faktor ini perlu mengambil kira penggunaan sumber bahan dan sumber manusia yang berkesan. Ia perlu mengikuti tahap pencapaian berturutan yang ditetapkan jadual waktu tersedia.
3 Penjenamaan. Bahagian penting dalam konsep menubuhkan university korporat adalah simbolisme dan pengaruh inspirasi terhadap pelajar dan penyumbang dalam pembinaan jenama dan nilai institusi tersebut.
4 Infrastruktur. Perkara ini perlu berfungsi untuk memenuhi kehendak seluruh populasi pelajar dengan cara yang mudah dan intuitif. Ia termasuk bajet, pelan sumber dan pelan pengurusan untuk kesemua inisiatif berkaitan.
5 Kurikulum. Kurikulum menjelaskan skop pembelajaran penyelidikan; kepelbagaian kursus, objektif dan kaedah pembelajaran.
6 Program dan sokongan pembelajaran. Universiti korporat perlu menyatakan kandungan dan bentuk pembelajaran yang akan ditawarkan. Ini termasuk kemudahan yang disediakan untuk kursus online dan offline seperti kemudahan tempat pembelajaran dan sumber pembelajaran online. Kemudahan untuk menyediakan sistem sokongan yang pelbagai untuk membantu proses pembelajaran termasuk tutoring dan mentoring.
7 Akreditasi dan penilaian. Penilaian dan kerjasama akreditasi membantu menekankan kemampanan universiti korporat, menyediakan langkah kejayaan yang jelas dan membantu memotivasikan pembelajar. Hubungan antara badan profesional dengan program pembangunan profesional yang berterusan dalam institusi akademik perlu diwujudkan untuk penganugerahan ijazah dan lain lain anugerah.
Tools ini akan menjadi lebih efisyen apabila ia tambah dengan pendekatan NLP untuk meransang gaya pembelajaran. Perkara ini ada diterangkan dalam seminar audio NLP oleh Tuan Fadzli Yusof. Anda boleh dapatkannya dengan klik link ini untuk info lanjut.
https://www.nlpmalaysia.net/seminar-audio-nlp/
Leave a Reply