Category: Kisah Inspirasi

  • PENDEDAHAN MENGEJUTKAN OLEH DR HATTA RAMLI: MUNGKIN INILAH SEBABNYA SEBELUM NI NAK JADI USAHAWAN ASYIK TERBANTUT.

    Pada 8 September jam 8.30 malam bertempat di Hotel Flamingo Ampang, berlangsung Sesi Usrah Bisnes yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, YB Dr. Mohd Hatta Mohd Ramli yang mana telah dihadiri oleh pelbagai latar usahawan dari seluruh Malaysia. Acara menarik yang bermakna ini telah dianjurkan oleh Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) bersama dengan Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) dan Pertubuhan Kemajuan Usahawan Malaysia (PKUM).

    Ketika pembukaan, Presiden TAMRIN, Hj Fadzli Yusof mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin dan berharap agar Sesi Usrah Bisnes yang bakal dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri ini bakal menjadi ‘platform’ untuk para usahawan bertemu mata, berukhuwah, mendapat info penting dan saling belajar antara satu sama lain. Acara yang akan dianjurkan pada setiap bulan ini boleh disertai oleh mereka yang berminat dan bagi mereka yang ingin mendapatkan info terkini, boleh serta saluran khas Telegram di https://t.me/usrahbisnesmalaysia

    Selepas itu, moderator acara, Sdr Amin Idris mempersilakan Presiden DPIM, Haji Sahar Mohd Din untuk berkongsi mengenai inisiatif waqaf korporat oleh Awqaf Holdings yang bakal menjadi alternatif kepada situasi ekonomi yang tidak seimbang dengan amalan ekonomi kapitalisme.

    Acara diteruskan dengan ucaptama dari YB Timbalan Menteri yang mana beliau berkongsi mengenai hasrat dan komitmen kerajaan Malaysia untuk membangunkan usahawan dengan lebih progresif dan sistematik; dengan mempermudahkan prosedur, meningkatkan integriti dan amalan profesional, serta beberapa pendekatan strategik antaranya menubuhkan pusat sehenti iaitu Pusat Transformasi Keusahawanan atau ETC.

    Selain daripada beberapa perkongsian yang sangat bernas mengenai koperasi, budaya keusahawanan, majlis penasihatan dan bermacam lagi, YB Dr Hatta juga mendedahkan beberapa situasi kurang wajar hasil daripada amalan kurang sihat ketika pentadbiran sebelum ini. Antaranya adalah berleluasanya budaya ‘tol’ dalam pembiayaan usahawan, yang mana sesetengah pihak akan mengenakan caj 10-30% ke atas pinjaman, terutama sekali dari kalangan kakitangan politik dan mereka yang tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawab sebenar. Akibatnya, para usahawan terpaksa membayar balik lebih bagi setiap pinjaman yang mereka terima. Bahkan ada yang tidak meneruskan rancangan perniagaan dan menanggung beban hutang yang tidak sepatutnya.

    Satu lagi yang menyedihkan ialah; budaya ‘siapa ada kabel, dia mudah apply’ yang menyebabkan ada yang mudah mendapat bantuan perniagaan, tetapi sebenarnya tidak digunakan langsung untuk tujuan perniagaan yang hakiki. YB Dr. Hatta berkata, beliau sendiri pernah melihat seorang individu yang sangat gemar memohon pelbagai insentif kerajaan dan seringkali lulus, dan rumahnya penuh dengan pelbagai mesin, peralatan, dan jentera yang diperolehinya daripada insentif tersebut, tetapi terbengkalai dan tidak digunakan. Kata YB Dr, rumah individu tersebut ‘penuh dengan mesin dah macam kilang’ dan ini bukanlah sesuatu amalan yang sihat.

    Ketika sesi soal jawab, para peserta mengutarakan lebih 17 soalan yang telah direspon dengan sangat baik oleh YB Dr Hatta. Para tetamu amat gembira dan berharap Sesi Usrah Bisnes ini akan terus dianjurkan pada masa akan datang.

    Jikalau anda ingin mendapatkan info mengenai Sesi Usrah Bisnes akan datang, boleh sertai saluran khas Telegram di https://t.me/usrahbisnesmalaysia

  • TEKNIK BERMONOLOG BANTU LELAKI INI BANGKIT KEMBALI UNTUK BERJAYA

    TEKNIK BERMONOLOG BANTU LELAKI INI BANGKIT KEMBALI UNTUK BERJAYA

    Bila ditanyakan kepada sesiapa sahaja siapa yang tidak mahu berjaya, pastilah jawapannya TIDAK ADA. Semua orang mahu berjaya, dan pastinya tiada siapa yang mahukan kegagalan. Kegagalan itu menyesakkan jiwa dan perasaan. Tapi adakah kegagalan itu penamat bagi setiap pengakhiran?

    Inilah persoalan yang sering berlegar dalam minda Tuan Lokman Hakim, bilamana beliau di uji (more…)

  • PERNAH DITIKAM SEBANYAK 15 KALI – TEKNIK PERNAFASAN & TEKNIK ALPHA BANTU WANITA INI HARUNGI TRAUMA

    PERNAH DITIKAM SEBANYAK 15 KALI – TEKNIK PERNAFASAN & TEKNIK ALPHA BANTU WANITA INI HARUNGI TRAUMA

    Puan Haliza, 56 tahun, adalah Pengasas kepada Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh, iaitu rumah perlindungan untuk wanita dan remaja. Ia ditubuhkan pada 1 Jun 2006.

    Puan Haliza sudah menjadi sukarelawan sejak tahun 1980, iaitu ketika beliau masih berusia 19 tahun lagi. (more…)

  • LIHAT BAGAIMANA ILMU NLP MEMBANTU MENG – ‘UPGRADE’ KEHIDUPAN GURU MATEMATIK INI

    LIHAT BAGAIMANA ILMU NLP MEMBANTU MENG – ‘UPGRADE’ KEHIDUPAN GURU MATEMATIK INI

    Detik perkenalan dan nikmat ilmu..

    Tuan Hafiz dipertemukan dengan Tuan Haji Fadzli Yusof (International Certified NLP  Trainer) semasa beliau menghadiri seminar FbAds pada Oktober 2016. Di situlah titik mulanya beliau mengenali ilmu Neuro Linguistic Program (NLP) yang bagi beliau – “membuka mata betapa besarnya potensi diri ini sebagai seorang khalifah.”

    Tanpa perlu berfikir panjang, beliau terus (more…)

  • Lihat Bagaimana Lelaki Ini Berjaya Turunkan Berta Badan Dari 115kg Ke 97kg Dalam Masa 3 Bulan Dengan Menggunakan Teknik NLP

    Lihat Bagaimana Lelaki Ini Berjaya Turunkan Berta Badan Dari 115kg Ke 97kg Dalam Masa 3 Bulan Dengan Menggunakan Teknik NLP

     

    “Saya masih ingat, dimana sebelum mengaplikasikan NLP dalam hidup saya, saya berhadapan dengan kepayahan dari segi mental dan fizikal apabila berat badan saya sebelum ini lebih kurang 115kg.

    Tinggi saya cuma 165cm dimana dengan berat badan seperti itu, saya dikategorikan sebagai golongan obesity yang melampau kerana jika diukur dengan BMI, berat badan ideal saya sepatutnya ialah 76kg.

    Antara cabaran yang saya lalui ialah:

    (more…)

  • Lihat Bagaimana Lelaki Ini Lenyapkan Sifat Panas Baran Dengan Mengamalkan Teknik NLP Hanya Dalam Masa 6 Bulan

    Lihat Bagaimana Lelaki Ini Lenyapkan Sifat Panas Baran Dengan Mengamalkan Teknik NLP Hanya Dalam Masa 6 Bulan

    Panas baran sejak azali..

    Tuan Mohamad Nizam memulakan kerjaya beliau dengan mencebur diri dalam bidang jualan dan menjadi seorang ‘salesman’. Rutin kerjanya yang melibatkan komitmen dan tekanan yang tinggi membuatkan sifat panas baran beliau semakin menjadi – jadi. Maki hamun menjadi ‘makanan harian’ di tempat kerja. (more…)

  • Fikir Positif, Hasil Positif : Ibu Positif Bantu Anak Atasi Penyakit Tumbesaran Otak

    Fikir Positif, Hasil Positif : Ibu Positif Bantu Anak Atasi Penyakit Tumbesaran Otak

    Anak merupakan satu anugerah Allah yang paling berharga dan begitu tinggi nilainya kepada pasangan yang mendambakan kebahagiaan dalam rumah tangga. Anak sebagai zuriat penyejuk mata penyeri dalam setiap aspek kehidupan. Alhamdulillah saya diberi rezeki oleh Allah memiliki lima cahaya mata iaitu tiga lelaki dan dua perempuan.Di sini saya ingin berkongsi kisah anak ke lima saya yang bebas dari penyakit Kongenital Hyphothyroidism dengan kuasa minda yang Allah kurniakan. (more…)

  • Dulu Kawan, Kini Lawan! : Teknik Distortion, Generalisation Dan Deletion Jadikan Lelaki Ini Benci Pada Rokok

    Dulu Kawan, Kini Lawan! : Teknik Distortion, Generalisation Dan Deletion Jadikan Lelaki Ini Benci Pada Rokok

    Lelaki yang menghisap rokok majoritinya ‘memikirkan’ bahawa mereka akan nampak “MACHO” bila merokok. Lantaran itu, saya merokok sebaik sahaja memulakan matrikulasi di sebuah institusi pengajian tinggi di subang jaya pada 1988. 16 orang dalam satu tingkat rumah kedai dengan 90% adalah perokok. Ahhhh, nikmatnya merokok apabila asap berkepul kepul keluar dari hidung dan mulut. Ada juga pertandingan asap paling menarik dikalangan rakan-rakan. Sejak itu, rokok adalah teman setia. Biar tidak cukup duit untuk makan tetapi peruntukan rokok sentiasa dijaga rapi. (more…)

  • Kisah Bekas Mat Rempit Berhijrah Menggunakan Teknik NLP dan Melakukan Perubahan 360

    Kisah Bekas Mat Rempit Berhijrah Menggunakan Teknik NLP dan Melakukan Perubahan 360

    Pada tahun 2009-2012, dunia permotoran pada ketika itulah yang saya sangat bangga-banggakan. Saya lebih gemar digelar sebagai “Mat Rempit” berbanding gelaran lain. Saya suka menyahut cabaran dan melakukan sesuatu yang berbeza dari orang lain. Maka dengan itu, saya sentiasa “upgrade skills” bagi mengatasi kelemahan dalam diri tetapi sayangnya, dalam konteks dan situasi yang negatif. (more…)

  • Impian Menjadi Realiti : Teknik ‘Anchoring’ Bantu Lelaki Ini Kekalkan ‘Mood’ Untuk Kecapi Impian

    Impian Menjadi Realiti : Teknik ‘Anchoring’ Bantu Lelaki Ini Kekalkan ‘Mood’ Untuk Kecapi Impian

    Semua orang ada impian. Menjadi pelajar cemerlang.pekerja berpangkat besar, sering dipuji tentang kecantikan diri, memandu kereta bmw, bercuti di venice italy, mengerjakan umrah bersama ibu dan ayah, menulis buku biografi diri, tidur di kamar bilik tidur serba mewah, mengahwini gadis rupawan atau  menjadi jutawan semuda mungkin. (more…)