Tools03: Bloom’s Taxonomy of Learning Domains
Tools03: Bloom’s Taxonomy of Learning Domains
Teknik Penguasaan Pembelajaran Gaya Bloom
Benjamin Bloom mengasaskan Taxonomy of Learning Domains pada tahun 1956, dan walaupun sasaran audiens adalah ahli akademik dan tenaga pengajar, ia mempunyai kepentingan yang besar kepada pelbagai jenis pembelajaran. Ia berguna sebagai tools teori yang membantu memahami bagaimana kita menerima pembelajaran dan boleh membantu membentuk objektif pembelajaran.
Terdapat tiga jenis domain luas dalam taksonomi Bloom:
- Afektif
- Psikomotor
- Kognitif
Domain afektif adalah tentang bagaimana tindak balas pelajar dari segi emosi dimana ia merangkumi sikap dan perasaan pelajar. Beliau membahagikan domain ini kepada lima peringkat (secara meningkat): penerimaan, tindak balas, penilaian, pengaturan dan perincian.
Domain psikomotor adalah tentang perolehan kemahiran manual. Domain ini menarik minat banyak pelatih dalam menawarkan alternatif dalam model progresif ketidakcekapan tidak sedar. Ia mempunyai kesan terhadap bagaimana kita mengamalkan kemahiran yang dimiliki.
Domain kognitif adalah tentang memperolehi lebih banyak pengetahuan serebrum. Bloom membahagikan kepada 6 peringkat (secara meningkat): pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Secara kesuluruhan, taksonomi ini mempunyai objektif pembelajaran pelbagai yang boleh ditafsirkan kepada tiga dimensi yang selari iaitu: sikap, kemahiran dan pengetahuan. Taksonomi ini mempunyai banyak aplikasi dari segi praktikal. Ia boleh digunakan sebagai kajian semula bagaimana aktiviti pembelajaran menyumbang kepada objektif pembelajaran. Ia juga boleh membantu membuat keputusan sama ada aktiviti yang termasuk dalam proses pembelajaran berjalan dalam harmoni. Semua ini dapat menyumbang kepada analisis pembelajaran dan keperluan pembangunan, dan juga untuk perancangan proses pembelajaran.
Anda berminat untuk meningkat kan lagi sikap, kemahiran dan pengetahuan untuk warga kerja anda? Kami ingin tawarkan anda, Kit Kuasa Minda Positif360. Klik & layari page ini untuk dapatkan info lebih lanjut.
https://www.positif360.com/
Leave a Reply