Tools30: Kirpatrick’s Four Levels Of Evaluation

Tools30: Kirpatrick’s Four Levels Of Evaluation

Tools30: Kirpatrick’s Four Levels Of Evaluation
Teknik Latihan Gaya Penilaian Kirpatrick

Empat tahap penilaian Donald Kikpatrick pertama kali dijelaskan pada tahun 1959, sehingga kini ia masih memberi sumbangan besar kepada teori penilaian pembelajaran.

Empat tahap penilaian beliau adalah: reaksi, pembelajaran, tingkah laku dan hasil.

Tahap reaksi adalah tahap yang paling bawah menurut beliau, ia mengukur reaksi pantas si pembelajar sepanjang pembelajaran atau kepuasan mereka terhadap proses pembelajaran. Sama ada pembelajaran tersebut efektif tidak dapat dibuktikan namun tahap ini dapat mengukur perasaan si pembelajar terhadap pembelajaran tersebut. Ia boleh diperolehi melalui cara tidak formal iaitu pertanyaan atau melalui kertas penilaian.

Tahap seterusnya, iaitu tahap pembelajaran mengukur dapatan yang dipelajari dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap hasil dari pembelajaran. Ia boleh diperolehi melalui peperiksaan, ujian kemahiran dan lain-lain.

Tahap yang ketiga, iaitu tahap tingkah laku mengukur penggunaan pengetahuan, kemahiran dan sikap pembelajar yang dinaiktaraf terhadap tingkah laku mereka dalam melakukan tugasan kerja. Ia boleh diperolehi melalui penilaian kecekapan namun sukar kerana cabaran sebenar adalah cara untuk mengukur perubahan yang berlaku dalam tingkah laku kerja pembelajar yang dapat dikaitkan dengan pembelajaran.

Tahap yang teratas, iaitu tahap hasil mengukur keuntungan organisasi, atau hasil bisnes daripada peningkatan tingkah laku pembelajar di tempat kerja. Ini adalah matlamat utama pembelajaran dan adalah sukar untuk diukur: mudah untuk menentukan metrik prestasi organisasi dan pengesan perubahan, tetapi sukar untuk menyifatkan ini sebagai akibat langsung dari pembelajaran.

Tools ini akan menjadi lebih efisyen apabila ia tambah dengan pendekatan NLP untuk meransang gaya pembelajaran. Perkara ini ada diterangkan dalam seminar audio NLP oleh Tuan Fadzli Yusof. Anda boleh dapatkannya dengan klik link ini untuk info lanjut.
https://www.nlpmalaysia.net/seminar-audio-nlp/

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Hubungi Kami