Tools04: Informal & Non-formal Learning

Tools04: Informal & Non-formal Learning

Tools04: Informal & Non-formal Learning
Teknik Pembelajaran Tidak Formal & Bukan Formal

Pembelajaran tidak formal selalunya didefinisikan sebagai pembelajaran yang tidak sengaja, bawah sedar dan jarang dirancang. Manakala pembelajaran bukan formal pula adalah pembelajaran di luar kelas dan tidak mengikut program yang diiktiraf atau memberi kualifikasi. Namun, definisi ini adalah dari pandangan ahli ilmiah pendidikan yang hanya melihat pembelajaran dalam kelas dan bersijil sebagai formal. Berlainan pendapat dengan kenyataan di atas, apa sahaja proses pembelajaran yang dirancang terutamanya pembelajaran yang merangkumi penilaian sumatif dan memberikan pengiktirafan boleh dilabel sebagai formal. Terdapat banyak organisasi bebas dan sektor persendirian yang menawarkan program pensijilan kemahiran melibatkan penilaian berdasarkan hasil pengalaman bekerja dari jarak jauh. Program ini jarang diadakan dalam kelas, tanpa institusi pelajaran dan peperiksaan, namun masih dikira sebagai pembelajaran formal. Memikirkan tentang pembelajaran formal, tidak formal dan bukan formal membuka mata kita mengetahui apa yang termasuk dalam proses pembelajaran. Terdapat beberapa teori tentang bagaimana kita menggunakan otak kanan, kiri dan keseluruhan otak untuk memproses pembelajaran. Ia adalah teori yang dapat membantu melihat dari sudut pandangan berbeza dalam kepelbagaian cara pembelajaran terutama dalam bidang pembelajaran formal dan bukan formal.

 

Untuk terus meneroka potensi sebenar warga kerja anda, kami ingin mengesyorkan anda untuk memiliki siri Seminar Audio dari Tuan Fadzli Yusof. Klik & layari page ini  untuk dapatkan info lebih lanjut.
https://www.nlpmalaysia.net/seminar-audio-nlp/

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Hubungi Kami