Tools05: Kolb’s  Experiental  Learning Cycle

Tools05: Kolb’s  Experiental  Learning Cycle

Tools05: Kolb’s  Experiental  Learning Cycle
Kaedah Kitaran pembelajaran Kolb

Kitaran pembelajaran melalui pengalaman David Kolb adalah tool pembelajaran yang paling dikenali oleh beliau, ia diasaskan dengan kerjasama bersama Roger Fry pada 1970.

Pembelajaran melalui pengalaman atau pembelajaran dengan melakukan kerja adalah batu asas bagi pembelajaran dan pembangunan yang berjaya. Kebanyakan orang mengetahui tool ini sangat berguna dalam merekabentuk aturcara pembelajaran dengan memberi penekanan terhadap melakukan aktiviti.

Pembelajaran melalui pengalaman Kolb menerangkan empat fasa yang berperingkat:

Pengalaman – pengalaman konkrit atau serta merta;

Refleksi – pemerhatian dan refleksi, dapatan dari pengalaman konkrit;

Konseptualisasi – juga dikenali sebagai konseptualisasi abstrak, dimana refleksi si pembelajar digeneralisasikan;

Ekperimentasi – eksperimentasi aktif, idea diuji dan kemudian dikaitkan dan digunakan ke pengalaman baru.

Orang yang belajar bermula dengan mempunyai pengalaman konkrit, kemudian membuat generalisasi dari pengalaman dan refleksi, menghasilkan konsep abstrak, dan akhirnya menggunakan konsep tersebut dengan percubaan dalam cabaran baru. Pendekatan ini memudahkan pembelajaran kerja yang melibatkan pembelajaran kemahiran kerja yang baru.

Untuk meningkatkan lagi kemahiran bekerja perlulah memiliki mindset yang positif bagi merangsang kemahiran berfikir secara kreatif & kritis. Perkara ini ada diterangkan dalam naskah kami berjudul “Bahagia, Berjasa, Berjaya”. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku ini, klik & layari di halaman ini.
https://www.nlpmalaysia.net/bahagiaberjasaberjaya/

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Hubungi Kami