Tools32: 94. Evaluation Metrics
Tools32: 94. Evaluation Metrics
Metrik penilaian
Penilaian juga mempunyai kaedah kuantitatif dan kualitatif yang sama seperti bentuk penyelidikan yang lain. Tool yang digunakan melaksanakan langkah kuantitatif dikenali sebagai metrik penilaian:
- Pengiraan mudah boleh menghasilkan penunjuk kecekapan yang banyak digunakan dalam pembelajaran dan pembangunan contoh seperti skor kepuasan daripada skala penilaian dalam kertas penilaian. Melalui pengumpulan kesemua kiraan ini dalam spreadsheet menerusi masa dapat menghasilkan gambaran dan corak yang memberi impak keseluruhan.
- Nisbah seperti pulangan pelaburan, pulangan asset, kos setiap pekerja dan pendapatan setiap pekerja adalah penanda aras yang penting untuk kebanyakan organisasi. Setiap organisasi akan mempunyai nisbah utama yang kerap dipantau sebagai panduan untuk prestasi. Fungsi pembelajaran dan pembangunan perlu mengaitkan kesemua pengiraan and mengambil kira bagaimana pembelajaran dan pembangunan memberi kesan kepada nisbah utama.
- Analisis manfaat kos adalah metrik untuk mengira manfaat pembelajaran dan pembangunan dibandingkan dengan kos perancangan dan pelaksanaan. Dari segi kos, ia berguna untuk membezakan antara kos langsung dengan tidak langsung. Manakala dari segi manfaat, ia dapat membezakan antara manfaat jangka pendek dan manfaat jangka panjang termasuk juga membezakan manfaat yang mudah disukat dan manfaat yang sukar disukat.
- Analisis terputus adalah istilah untuk mengenalpasti titik sama antara kos dengan manfaat. Dengan mengalihkan beberapa pembolehubah utama, kita boleh mencapai titik sama mengikut kehendak.
- Analisis keberkesanan kos adalah metrik pengiraan untuk menentukan keberkesanan pembelajaran dan pembangunan berbanding kos yang dikenakan. Sama seperti analisis manfaat kos, ia adalah perbandingan langsung tetapi lebih sukar digunakan kerana keberkesanan tidak dapat diperolehi melalui kuantitatif.
Untuk meningkatkan lagi kemahiran bekerja perlulah memiliki mindset yang positif bagi merangsang kemahiran berfikir secara kreatif & kritis. Perkara ini ada diterangkan dalam naskah kami berjudul “Bahagia, Berjasa, Berjaya”. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku ini, klik & layari di halaman ini.
https://www.nlpmalaysia.net/bahagiaberjasaberjaya/
Leave a Reply