Tools11: Gardner’s Multiple Intelligence
Tools11: Gardner’s Multiple Intelligence
Kepelbagaian Kecerdasan Gaya Gardner
Teori pelbagai kecerdasan telah dikemukakan oleh Howard Gardner pada tahun 1993, sehingga kini beliau telah mengenal pasti sembilan jenis kecerdasan:
- Linguistic
- Logikal Matematik
- Muzikal
- Kinestetik
- Interpersonal
- Intrapersonal
- Visual/Spatial
- Naturalis
- Eksistensialis
Dari sudut pandangan pembelajaran dan pembangunan, tujuan tool ini adalah untuk lebih memahami bagaimana pembelajar berfikir, kelakuan dan tindak balas terhadap inisiatif pembelajaran dan pembangunan yang berbeza. Ia boleh dirumuskan dalam cara yang berikut. Kecerdasan linguistik mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis. Orang dengan kecerdasan verbal-linguistik tinggi memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa. Individu ini biasanya baik untuk kerja yang melibatkan membaca, menulis, bercerita dan mendengar. Kecerdasan logikal matematik mempunyai kaitan dengan logik, abstrak, dan mengenalpasti corak yang sering digunakan dalam sains dan kejuruteraan yang melibatkan penggunaan nombor yang luas. Kecerdasan muzikal bukan sahaja bertindak balas terhadap muzik, tetapi juga bunyi, nada dan rima termasuk kerja melibatkan muzik yang mempunyai penggunaan yang luas. Kecerdasan spatial adalah kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan persepsi visual dalam seni dan reka bentuk. Kecerdasan kinestetik adalah kemahiran koordinasi fizikal termasuk kecekapan dan ketangkasan yang banyak digunakan dalam kerja aktif melibatkan sentuhan, rasa dan gerakan fizikal. Kecerdasan interpersonal adalah membolehkan seseorang memahami perasaan dan hasrat orang lain yang termasuk dalam kecerdasan emosi. Kecerdasan intrapersonal adalah aspek lain dalam kecerdasan emosi yang memberi tumpuan pada kesedaran diri. Kecerdasan naturalis adalah kebolehan seseorang yang dapat memahami alam persekitaran semula jadi. Kecerdasan eksistensialis atau moral adalah seseorang yang boleh memahami dan cenderung pada isu-isu berkaitan dengan agama dan etika.
Penggunaan praktikal kesemua kecerdasan ini adalah untuk mengambil kira mindset yang berbeza dalam mengendalikan cabaran atau masalah untuk pembelajaran dan pembangunan dengan menganalisis keperluan dan membentuk jalan penyelesaian. Perkara ini ada diterangkan dalam naskah kami berjudul “Bahagia, Berjasa, Berjaya”. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku ini, klik & layari di halaman ini.
https://www.nlpmalaysia.net/bahagiaberjasaberjaya/
Leave a Reply