Tools23: Learning Design: The 5 Dimension
Tools23: Learning Design: The 5 Dimension
5 Dimensi Design Pembelajaran
Terdapat lima dimensi penting untuk reka bentuk pembelajaran efektif: aturan umum pentadbiran pembangunan, organisasi dan penyampaian pembelajaran.:
1 merangkumi keperluan pembelajar.
2 merangkumi program yang terurus.
3 merangkumi pengalaman pembelajaran efektif.
4 merangkumi proses pembelajaran.
5 merangkumi penggunaan kesemua sumber untuk meningkatkan pembelajaran.
1 Keperluan pembelajar. Reka bentuk pembelajaran harus bermula dari si pembelajar – keperluan dan pandangan mereka. Bentuk pembelajaran perlu memupuk tindak balas yang berterusan daripada pembelajar untuk mengekalkan minat dan keinginan untuk terus belajar.
2 Program terurus. Rangka kerja yang berdisiplin diperlukan untuk memastikan outcome bisnes dapat dipenuhi melalui proses pembelajaran di tempat kerja. Ia termasuk dengan matlamat dan objektif yang jelas, sistem dengan jaminan kualiti, pelan penilaian dan fokus pada hasil. Reka bentuk program mestilah membenarkan pembelajar memenuhi objektif pembelajaran dan hasil bisnes.
3 Pengalaman pembelajaran efektif. Ia memerlukan reka bentuk pengurusan yang menawarkan pengalaman pembelajaran yang aktif supaya pembelajar dapat terlibat dalam pemikiran masalah dengan mendalam dan penyelesaian masalah. Ia memerlukan pelbagai skop untuk berinteraksi: sumber, antara pembelajar, orang yang terlibat dalam bahagian sokongan termasuk pengurus, mentor dan tutor.
4 Proses pembelajaran. Dalam mereka bentuk pembelajaran, fokus perlu diberikan kepada proses pembelajaran berbanding isi pembelajaran. Ini bermaksud dalam membuat struktur pembelajaran, pembelajar diberi panduan penuh sepanjang pembelajaran. Langkah jelas yang diperlukan oleh pembelajar untuk mengikuti proses pembelajaran, diiringi dengan bahan bacaan tambahan, penilaian atau sebarang sumber dan aktiviti tambahan.
5 Penggunaan sumber untuk meningkatkan pembelajaran. Reka bentuk yang efektif melibatkan penggunaan sumber dan bahan yang membolehkan pembelajaran dan meningkatkan pengalaman pembelajaran. Caranya adalah dengan mencari bagaimana sumber dan bahan tersebut dapat meningkatkan pengalaman pembelajaran dengan lebih baik. Bahan yang baik dapat mengubah pengalaman pembelajaran biasa menjadi luar biasa dan sebaliknya bahan yang tidak sesuai menunjukkan reka bentuk pembelajaran yang tidak baik. Bahan-bahan yang terdapat di internet seperti video, audio dan animasi boleh memberi impak yang berlainan dalam pembelajaran.
Untuk meningkatkan lagi kemahiran bekerja perlulah memiliki mindset yang positif bagi merangsang kemahiran berfikir secara kreatif & kritis. Perkara ini ada diterangkan dalam naskah kami berjudul “Bahagia, Berjasa, Berjaya”. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku ini, klik & layari di halaman ini.
https://www.nlpmalaysia.net/bahagiaberjasaberjaya/
Leave a Reply