Tools 19: A Step-by-step Guide to Planning a Learning Event
Tools 19: A Step-by-step Guide to Planning a Learning Event
Panduan & Langkah-langkah Dalam Perancangan Acara Pembelajaran
Terdapat lapan langkah untuk diikuti dalam merancang “learning event” – meningkatkan prospek kejayaan acara. Langkah pertama adalah mempertimbangkan pembelajar. Mengenalpasti latar belakang dan jumlah keseluruhan peserta. Mengesahkan keperluan pembelajaran dan memeriksa sama ada mereka mempunyai keperluan tambahan atau peribadi. Langkah kedua adalah mempertimbangkan matlamat dan tujuan acara dengan memberi fokus kepada objektif pembelajar. Menetapkan dan mengkaji semula objektif pembelajaran yang telah dilakukan untuk memenuhi dengan cara yang terbaik. Langkah ketiga adalah pemilihan “learning event” tersebut. Pilih pendekatan dan kaedah yang bersesuaian contoh seperti sama ada menggunakan sesi bimbingan atau kursus pembelajaran dalam kelas. Pertimbangkan bagaimana cara penyampaian yang terbaik untuk digunakan. Langkah ke-empat adalah jangka masa. Pertimbangkan masa yang ada dan masa yang diperlukan oleh pembelajar untuk melengkapkan pembelajaran dengan membuat jadual waktu. Langkah kelima adalah mengadakan taklimat untuk memutuskan jurulatih dan fasilitator yang diperlukan untuk “learning event”. Pertimbangkan kesemua orang yang terlibat dan pastikan mereka diberi makluman dan taklimat sepenuhnya. Langkah ke-enam adalah persediaan. Pastikan semua persediaan praktikal untuk acara seperti tempat dan penyediaan kemudahan termasuk peralatan dan bahan telah dibuat. Langkah ke-tujuh adalah pemantauan. Kaji semula semua kejadian yang berlaku sebelum, semasa dan selepas acara. Sediakan pelan penyelesaian untuk mengatasi segala masalah yang tidak dijangka sekiranya berlaku. Langkah ke-lapan adalah penilaian. Langkah ini adalah antara perkara pertama yang perlu dipertimbangkan dan termasuk dalam sebahagian daripada perancangan awal.
Tentukan terlebih dahulu bagaimana kejayaan kursus dapat diukur dan pastikan ukuran diambil pada masa yang sesuai sepanjang proses pembelajaran. Kekalkan rekod untuk maklumat perancangan “learning event” di masa hadapan.
Untuk meningkatkan lagi kemahiran bekerja perlulah memiliki mindset yang positif bagi merangsang kemahiran berfikir secara kreatif & kritis. Perkara ini ada diterangkan dalam naskah kami berjudul “Bahagia, Berjasa, Berjaya”. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku ini, klik & layari di halaman ini.
https://www.nlpmalaysia.net/bahagiaberjasaberjaya/
Leave a Reply