Tools35: 97. 6 Sigma for Learning & Development
Tools35: 97. 6 Sigma for Learning & Development
6 Sigma Untuk Pembelajaran Dan Pembangunan
Enam sigma adalah jenis tool yang berbeza untuk penilaian pembelajaran, ia mengenalpasti keperluan dalam mengambil sudut pandangan pengguna hasil pembelajaran. Enam sigma mempunyai asas prinsip yang berbeza iaitu dengan mengenalpasti dan menghapuskan punca kecacatan dan kesilapan. Prinsip enam sigma bermatlamat untuk menghasilkan kecacatan tidak melebihi 3.4 daripada satu juta penghasilan produk. Ia adalah proses dimana organisasi meningkatkan kualiti dengan menghapuskan sebanyak mungkin kekurangan yang tidak menepati piawai sasaran. Penggunaan enam sigma dalam pembelajaran dan pembangunan dipelopori oleh Kaliym Islam yang memperkenalkan pendekatan Instructional System Design (ISD). Beliau menyarankan model enam sigma yang dipanggil sebagai DMADDI yang dihuraikan dalam enam fasa:
- D Apakah keperluan-keperluan perniagaan?
- M Apakah sasaran yang perlu dipenuhi?
- A Apakah kepentingan yang perlu dipelajari?
- D Bagaimanakah cara terbaik untuk mengajar?
- D Adakah prototaip kena dengan reka bentuk?
- I Adakah pelaksanaan memenuhi keperluan perniagaan dan keperluan pengajaran?
Kajian semula akan dilakukan di setiap penghujung fasa dalam proses ini untuk memastikan pembelajaran mengikuti landasan supaya jangkaan perniagaan dapat dipenuhi. Dengan menggunakan prinsip enam sigma, penilaian menjadi aktiviti bersepadu dengan strategi pembelajaran yang efisyen dan lebih efektif.
Tools ini akan menjadi lebih efisyen apabila ia tambah dengan pendekatan NLP untuk meransang gaya pembelajaran. Perkara ini ada diterangkan dalam seminar audio NLP oleh Tuan Fadzli Yusof. Anda boleh dapatkannya dengan klik link ini untuk info lanjut.
https://www.nlpmalaysia.net/seminar-audio-nlp/
Leave a Reply