Tools08: Johari Window
Tools08: Johari Window
Teknik “Johari Window”
Johari Window (Tingkap Johari) adalah matriks 2×2 dimana subjek adalah si pembelajar dan dua dimensi yang pertama ialah apa yang diketahui atau tidak diketahui oleh orang lain terhadap subjek pada paksi melintang. Manakala dimensi yang kedua ialah apa yang diketahui dan tidak ketahui oleh diri sendiri subjek pada paksi menegak. Analisis secara umum menggunakan Johari Window dilakukan dengan menyoal subjek dan individu yang mengenali subjek untuk meletakkan 56 kata sifat yang menerangkan tentang subjek ke dalam salah satu dari empat kotak Johari Window secara satu persatu. Ini akan dapat menghasilkan gambaran bagaimana setiap sifat atau ciri-ciri yang terbuka, tersembunyi, tidak diketahui atau titik buta yang dimiliki seseorang tersebut. Analisis lanjutan untuk memfokus pada penaiktarafan sifat yang diketahui dapat memperbaiki kerjasama antara ahli kumpulan dan perpaduan dalam organisasi. Johari Window dapat membantu pengurus untuk memahami pembelajar dan menaiktaraf penyelesaian untuk memenuhi keperluan pembelajaran dan perkembangan pekerja mereka.
| Diketahui diri sendiri | Tidak diketahui diri sendiri | |
| Diketahui orang lain
|
TERBUKA | TITIK BUTA |
| Tidak diketahui orang lain
|
TERSEMBUNYI | TIDAK DIKETAHUI |
Secara kesimpulannya, teknik ini boleh dipraktiskan bagi memahami personality & kebolehan seseorang individu. Dengan menerapkan pendekatan NLP dalam kaedah ini, ia akan menjadikan kombinasi tool yang efektif.
Bagi anda yang baru & ingin mengetahui tentang NLP, kami syorkan anda untuk meiliki buku Fahami NLP Dengan Pantas. Untuk maklumat lebih lanjut, Klik Link ini untuk info produk.
Leave a Reply