Tools20: Personal Development Plan

Tools20: Personal Development Plan

Tools20: Personal Development Plan
Pelan perkembangan peribadi

“Personal Development Plan” adalah tool untuk membuat dan mengikuti pembelajaran melalui laluan progresif yang berdasarkan kesedaran diri, refleksi dan penetapan matlamat dan pelan untuk perkembangan diri dan kerjaya. Prinsip ini adalah mudah dimana pembelajar mengenal pasti perkara yang ingin dicapai kemudian tentukan dalam bentuk matlamat perkembangan peribadi dengan menjelaskan langkah yang dapat diambil untuk memenuhi matlamat tersebut. Bahagikan masa, sumber dan sokongan yang diperuntukkan untuk mencapai matlamat. Organisasi dapat memanfaatkan prinsip ini dengan menggunakan format yang sama keatas semua pekerja dan menyelaraskan aktiviti ini dengan membuat tetapan untuk mencapai pelan perkembangan peribadi pada masa yang sama untuk setiap pekerja. Kesemua pelan perkembangan peribadi ini dapat dikumpulkan untuk membuat pelan pembelajaran organisasi, untuk mengenal pasti tema biasa yang akan ditangani dengan aktiviti-aktiviti latihan dan untuk mencari penyelesaian kos efektif kepada keperluan individu. Isu utama dalam memulakan pelan perkembangan peribadi adalah mempunyai struktur untuk mengenal pasti keperluan dalam perkembangan. Individu boleh menggunakan analisis SWOT (Strength Weakness Opportunity Threat) untuk mengenal pasti kekurangan dan kelebihan diri sekiranya tidak mempunyai struktur organisasi. Pelan ini boleh diteruskan untuk mengenal pasti input yang diperlukan, punca sokongan, jangka masa untuk memenuhi keperluan perkembangan, sumber, kenalan, belanjawan dan perkara lain yang penting untuk mencapai matlamat dalam organisasi.

Anda ingin  meningkatkan lagi prestasi, kemahiran dan pengetahuan untuk warga kerja anda? Kami ingin tawarkan anda, Kit Kuasa Minda Positif360. Klik & layari page ini  untuk dapatkan info lebih lanjut.
https://www.positif360.com/

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Hubungi Kami